Pages

Saturday, December 5, 2015

Apa Itu ANTIOKSIDAN?


Apa itu Antioksidan?
Korang mesti penah dengarkan anti oksidan membantu kita untuk menjadi cantik and awet muda, tapi macam mana cara nya ye?contoh nye kalau korang ambik sebiji epal , belah dua dan biarkan epal tue. Korang akan Nampak, warna epal tue akan mula berubah kan?Benda nie berlaku disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan bahan sampingan atau pun biasa orang panggil radikal bebas.

Radikal bebas nie pun boleh berlaku dalam badan kita juga. Antara punca radikal bebas dalam badan nie adalah faktor pencemaran persekitaran, pemakanan,merokok, cahaya matahari, dan macam macam lagi.

So, antioksidan nie membantu kita untuk melindungi tubuh badan kite dan melambatkan kemusnahan sel yang berlaku di sebabkan proses pengoksidaan tadi. Paham ke paham? :D

Antara contoh bahan antioksidan adalah Vitamin C, A dan E, beta carotene dan beberapa lagi.

Fungsi Bahan antioksidan nie :-

1. Mampu Mencegah Penuaan Diri,
Dengan makan makanan atau buah yang banyak mengandung Antioksidan, proses penuaan dalam badan akan jadi lambat. Sebab tue orang cakap, makan vitamin c boleh jadi awet muda dan aku sendiri rasa perbezaan kat kulit muka aku lepas amalkan vitamin c dan lecithin e secara berterusan.
2. Menguatkan Sistem Kekebalan Tubuh,
Vitamin yang terkandung dalam Antioksida seperti vitamin C akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Jika tubuh kita dah kebal, maka akan terhindar pula dari berbagai penyakit.
Tapi, korang jangan ingat kalau makan vitamin c tue korang takkan demam sampai bila-bila. Salah tue, Cuma kalau demam tue, bila korang telan vitamin C dia akan cepat baik. Contoh,kalau biasa nya kita demam sampai seminggu, dah makan vitamin C , mungkin boleh baik demam dalam 3 hari atau sehari je. Bergantung pada antibody badan masing-masing.

3. Menjaga Kesihatan Mata
Dengan makan makanan atau buah yang banyak mengandung Antioksidan, kita Anda akan terhindar dari penyakit mata.

Kat sini, aku kongsi jugak antara buah yang ada antioksidan yang tertinggi.

1  1.   Buah Strawbery  Image result for strawberry
Buah Strawbery memiliki kandungan Antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan yang terkandung dalam buah strawberi nie  boleh melawan kanser serta kolesterol

2. Buah Plum

Buah Plum adalah sumber vitamin C menghasilkan antioksidan yang tinggi secara semulajadi.

3. Buah Kiwi

Zat Antioksidan dalam buah kiwi juga tinggi. VItamin A dan Vitamin E adalah yang paling banyak terdapat dalam buah Kiwi.

4. Buah Anggur

Buah Anggur kaya dengan antioksidan. Kandungan buah Anggur iaitu vitamin K, C, B1, B6, mangan serta kalium. Selain tue,Dengan makan buah Anggur jugak, dapat mengurangkan sembelit.

5. Buah Blueberry

Kandungan Antioksidan dalam buah Blueberry cukup tinggi. Dan juga terdapat berbagai vitamin yang baik untuk kesihatan.

6. Buah Manggis 

Buah manggis juga memiliki Antioksidan yang cukup tinggi. Buah manggis juga memiliki banyak kandungan vitamin yang baik untuk tubuh. 


Moga dapat manfaat ya.!

No comments:

Post a Comment