Antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-
- Pertambahan atau penggurangan berat badan yang mendadak
- Terlebih bersenam Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
- Merokok
- Penggunaan dadah Penggambilan kafein yang tinggi
- Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron) masalah dalam pemakanan (eating disorder)
- tekanan yang meningkat
- Sindrom ovari polisistik (PCOS)
- Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
- Ketidakseimbangan hormon ubat-ubatan kimoterapi
- Baru-baru ini melahirkan anak, keguguran, atau D & C
- Breastfeeding
SUMBER : web healthy nature.
APAYANG BOLEH SAYA BANTU ANDA?
Satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang
teratur, adalah dengan menstabilkan hormon dalam tubuh badan. Tubuh badan
sebenarnya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengimbangi sendiri. Apa
yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap. Makanan tambahan
yang digariskan di bawah adalah beberapa supplemen yang memastikan badan anda
mempunyai semua nutrien yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk menggambilnya
dengan konsisten selama lebih dari 3 bulan kerana supplemen tidak bertindak
dalam satu malam sahaja.
Multivitamin – Vitamin asas yang penting untuk semua. Pengambilan
multivitamin akan memastikan diet harian anda adalah cukup dan lengkap.
Vitamin B complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (yang mana salah satu
penyebab haid yang tidak teratur), cuba amalkan vitamin b complex. Vitamin ini
kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana nutrisi ini digunakan oleh tubuh
badan dalam memperbaiki kerosakan apabila dalam keadaan stress
Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’,
jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak
teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat
daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid,
dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang
tertekan.
Antioksidan-
antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel
badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan
dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan
adalah dengan mengambil vitamin antioksidan
No comments:
Post a Comment