4 Cara Kempiskan Perut
Ramai Antara kita yang mempunyai
berat badan yang berlebihan. Menurut kajian , Malaysia adalah Negara tertinggi
yang mempunyai berat badan berlebihan.
Ada pelbagai cara untuk mengempiskan
perut secara semulajadi
1.1-
Minum Air Limau
Kaedah yang memang terbukti untuk
kempiskan perut secara semula jadi adalah dengan meminum air limau setiap kali
anda bangun tidur dan juga selepas makan.Istilah Potong Lemak selepas makan
memang selalu di kaitkan dengan air Limau.
Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati
anda kerana hati yang tidak cekap akan memnyebabkan lebihan lemak akan
terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh mambantu anda
untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi
dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah menyahtoksik
hati dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan.
2- Minum Teh Halia.
Kebiasaanya halia di ambil untuk
membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia jugak berkesan untuk membantu
pencernaan semulajadi badan.
Dengan meminum teh halia, ia dapat
meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak membakar lemak dengan lebih
efisien, terutamanya di bahagian perut . Halia juga di katakana dapat menyekat
pengeluaran hormi kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam
badan.
3- Kurangkan pengambilan gula
Secara tradisinya , kita sering
menambah gula dalam minuman kita, Jika tidak , kita beli dan minum air
berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah satu cara kempis kan perut dengan
kaedah semuajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil gula langsung.
Tujuannya adalah mengekalkan tahap
insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan
glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
4- Tidur Secukupnya sekurang kurangnya 6-8 jam sehari.
Ramai orang yang memandang rendah
betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk
membolehkan sisitem dalaman badan kita mendapat rehat yang secukupnya bagi
menggantikan sel sel badan yang rosak atau lemah.
Tidur yang cukup juga memastikan system
saraf, pengeluaran hormone dan metabolism anda berada di tahap optimum dan anda
dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga
berfungsi dengan cerdas.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment