Pages

Sunday, December 6, 2015

Vitamin C

Vitamin C

Sekarang nie, terdapat banyak lambakan vitamin c dalam pasaran, tapi mana satu vitamin C yang betul2 selamat untuk di makan? Haa…jangan tertipu, asal kan vitamin c , terus nak telan bulat  bulat, boleh dapat kesan buruk kalau tak kena cara.

Bagi saya , vitamin C yang terbaik adalah vitamin C nutrilite dari amway. Saya sendiri ada pengalaman, akibat tersalah pilih produk kecantikan campur suka sangat makan benda berminyak, muka mula tumbuh jerawat pasir sekitar pipi kiri kanan.Malunya, jangan cakap la kan. Selama  5 tahun terpaksa menahan malu, sampai akhir nya jumpa vitamin Bio-C  , jerawat saya jadi kering dalam masa 3 hari je tau. Sampai kawan2 pun heran macam mana jerawat saya boleh kecut dengan cepat.

Kelebihan  Bio-C nutrilite.

Kelebihan utama Vitamin C amway nie atau Bio-C adalah ianya telah diformulakan dalam bentuk ‘sustained release” . Maknanya, vitamin C ini akan dilepaskan secara berperingkat –peringkat selama 8 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat  bekalan Vitamin C secara berterusan selama 8 jam. Vitamin C ini jenis larut air, jika terlebih makan dalam satu masa, badan akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan vitamin C  nie melalui air kencing. Jadi , badan tidak terkesan jika terambil  vitamin C nie secara berlebihan.

Kenapa Perlu ambil Bio-C Nutrilite?

  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.
Kebaikan Nutrilite Bio-C.

  1-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  2-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di       bawah mata
  3-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
  4-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
  5-Anti penuaan dan anti kedut
  6-Mengatasi masalah resdung dan alahan
  7-Melindungi sel  tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
  8-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran                 hormon anti-stress
   9-Penting mengurangkan gejala-gejala alergi
  10-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
  11-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan               paras kolesterol dalam darah.

. SIAPA YANG PERLUKAN BIO-C?:

 1-wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
 2-ibu mengandung
 3-ibu yang menyusukan bayi (menambahkan air susu)
 4-boleh diambil ketika haid
 5-mereka yang mengambil supplement kolagen dan glutathione (mengoptimumkan fungsi dan serapan bahan tersebut oleh badan)
 6-mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit
 7-perokok (mengurangkan penyerapan nikotin)
 8-mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan, melecur .

Dari sudut kecantikan , pengambilan bio-c secara berterusan boleh menyebabkan:-

  1. Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C  akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  2. Mencerahkan kulit.
  3. Melambatkan proses penuaan.
  4. Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.

CARA PENGAMBILAN: -

Telan 1 biji tablet vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur.
 -Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.

Menarikkan Vitamin C nutrilite nie? Apalagi, kita try sebotol dulu!

Hubungi : 013 -3199770 sekarang.
Harga : RM 142(120 tablet)



Saturday, December 5, 2015

Apa Itu ANTIOKSIDAN?


Apa itu Antioksidan?
Korang mesti penah dengarkan anti oksidan membantu kita untuk menjadi cantik and awet muda, tapi macam mana cara nya ye?contoh nye kalau korang ambik sebiji epal , belah dua dan biarkan epal tue. Korang akan Nampak, warna epal tue akan mula berubah kan?Benda nie berlaku disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan bahan sampingan atau pun biasa orang panggil radikal bebas.

Radikal bebas nie pun boleh berlaku dalam badan kita juga. Antara punca radikal bebas dalam badan nie adalah faktor pencemaran persekitaran, pemakanan,merokok, cahaya matahari, dan macam macam lagi.

So, antioksidan nie membantu kita untuk melindungi tubuh badan kite dan melambatkan kemusnahan sel yang berlaku di sebabkan proses pengoksidaan tadi. Paham ke paham? :D

Antara contoh bahan antioksidan adalah Vitamin C, A dan E, beta carotene dan beberapa lagi.

Fungsi Bahan antioksidan nie :-

1. Mampu Mencegah Penuaan Diri,
Dengan makan makanan atau buah yang banyak mengandung Antioksidan, proses penuaan dalam badan akan jadi lambat. Sebab tue orang cakap, makan vitamin c boleh jadi awet muda dan aku sendiri rasa perbezaan kat kulit muka aku lepas amalkan vitamin c dan lecithin e secara berterusan.
2. Menguatkan Sistem Kekebalan Tubuh,
Vitamin yang terkandung dalam Antioksida seperti vitamin C akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Jika tubuh kita dah kebal, maka akan terhindar pula dari berbagai penyakit.
Tapi, korang jangan ingat kalau makan vitamin c tue korang takkan demam sampai bila-bila. Salah tue, Cuma kalau demam tue, bila korang telan vitamin C dia akan cepat baik. Contoh,kalau biasa nya kita demam sampai seminggu, dah makan vitamin C , mungkin boleh baik demam dalam 3 hari atau sehari je. Bergantung pada antibody badan masing-masing.

3. Menjaga Kesihatan Mata
Dengan makan makanan atau buah yang banyak mengandung Antioksidan, kita Anda akan terhindar dari penyakit mata.

Kat sini, aku kongsi jugak antara buah yang ada antioksidan yang tertinggi.

1  1.   Buah Strawbery  Image result for strawberry
Buah Strawbery memiliki kandungan Antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan yang terkandung dalam buah strawberi nie  boleh melawan kanser serta kolesterol

2. Buah Plum

Buah Plum adalah sumber vitamin C menghasilkan antioksidan yang tinggi secara semulajadi.

3. Buah Kiwi

Zat Antioksidan dalam buah kiwi juga tinggi. VItamin A dan Vitamin E adalah yang paling banyak terdapat dalam buah Kiwi.

4. Buah Anggur

Buah Anggur kaya dengan antioksidan. Kandungan buah Anggur iaitu vitamin K, C, B1, B6, mangan serta kalium. Selain tue,Dengan makan buah Anggur jugak, dapat mengurangkan sembelit.

5. Buah Blueberry

Kandungan Antioksidan dalam buah Blueberry cukup tinggi. Dan juga terdapat berbagai vitamin yang baik untuk kesihatan.

6. Buah Manggis 

Buah manggis juga memiliki Antioksidan yang cukup tinggi. Buah manggis juga memiliki banyak kandungan vitamin yang baik untuk tubuh. 


Moga dapat manfaat ya.!

4 CARA KEMPISKAN PERUT DENGAN MUDAH DAN MURAH

4 Cara Kempiskan Perut

Ramai Antara kita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Menurut kajian , Malaysia adalah Negara tertinggi yang mempunyai berat badan berlebihan.

Ada pelbagai cara untuk mengempiskan perut secara semulajadi

1.1-    Minum Air Limau
Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semula jadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun tidur dan juga selepas makan.Istilah Potong Lemak selepas makan memang selalu di kaitkan dengan air Limau.

Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap akan memnyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh mambantu anda untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah menyahtoksik hati dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan.

2- Minum Teh Halia.

Kebiasaanya halia di ambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia jugak berkesan untuk membantu pencernaan semulajadi badan.

Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut . Halia juga di katakana dapat menyekat pengeluaran hormi kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan.

3- Kurangkan pengambilan gula

Secara tradisinya , kita sering menambah gula dalam minuman kita, Jika tidak , kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah satu cara kempis kan perut dengan kaedah semuajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil gula langsung.

Tujuannya adalah mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

4- Tidur Secukupnya sekurang kurangnya 6-8 jam sehari.

Ramai orang yang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sisitem dalaman badan kita mendapat rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel sel badan yang rosak atau lemah.

Tidur yang cukup juga memastikan system saraf, pengeluaran hormone dan metabolism anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.

Selamat Mencuba!


PUNCA HAID TIDAK TERATUR SELEPAS KAHWIN





Antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-

  • Pertambahan atau penggurangan berat badan yang mendadak 
  • Terlebih bersenam Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat) 
  • Merokok 
  • Penggunaan dadah Penggambilan kafein yang tinggi 
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron) masalah dalam pemakanan (eating disorder)
  • tekanan yang meningkat
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  • Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis) 
  • Ketidakseimbangan hormon ubat-ubatan kimoterapi 
  • Baru-baru ini melahirkan anak, keguguran, atau D & C
  •  Breastfeeding 


SUMBER : web healthy nature.



APAYANG BOLEH SAYA BANTU ANDA?

Satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, adalah dengan menstabilkan hormon dalam tubuh badan. Tubuh badan sebenarnya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengimbangi sendiri. Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap. Makanan tambahan yang digariskan di bawah adalah beberapa supplemen yang memastikan badan anda mempunyai semua nutrien yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk menggambilnya dengan konsisten selama lebih dari 3 bulan kerana supplemen tidak bertindak dalam satu malam sahaja. 

Multivitamin – Vitamin asas yang penting untuk semua. Pengambilan multivitamin akan memastikan diet harian anda adalah cukup dan lengkap.

Vitamin B complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (yang mana salah satu penyebab haid yang tidak teratur), cuba amalkan vitamin b complex. Vitamin ini kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana nutrisi ini digunakan oleh tubuh badan dalam memperbaiki kerosakan apabila dalam keadaan stress

Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan. 


Antioksidan- antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan adalah dengan mengambil vitamin antioksidan 

Sumber: bekamkl

TIPS MENYEGARKAN WAJAH


1-Tidur yang cukup

Salah satu penyebab wajah kusam adalah stress dan kurang tidur. Maka dari itu, agar wajah anda terhindar dari kelihatan kusam adalah tidur yang cukup. Dengan tidur yang cukup, maka metabolisme didalam tubuh kita akan teratur, sehingga wajah kelihatan penat dan kusam. Perlu anda ingat juga, bahwa jika anda kekurangan tidur, maka penyakit lain pun akan singgah  ditubuh kita.





2- Cuci muka


Salah satu cara termudah untuk menyegarkan wajah adalah dengan mencuci muka kita. Cucilah wajah 3-4 kali sehari .


Siti guna pencuci muka Artistry.Dulu muka siti memang penuh dengan jerawat pasir dekat pipi kiri kanan. Alhamdulillah, encik tunang yang kenalkan Siti dengan Produk Artistry untuk Penjagaan luaran dan Vitamin Nutrilite untuk penjagaan dalaman. Masa kahwin tue, kulit Siti Memang licin sangat tau walaupun tak pakai Make -Up tebal coz hubby tak bagi make up tebal sangat.





3. Kentang atau Hirisan Timun

Jika mata Anda mulai lelah dan membengkak maka penampilan jadi buruk. Hirisan kentang dan timun yang diletakkan di mata selama beberapa minit akan membantu mengurangi masalah kelelahan mata.






4. Masker wajah

Mau lebih santai lagi? kita boleh membuat sendiri masker wajah yang menenangkan. Campur saja yogurt, susu atau krim, bubuk kunyit, air mawar, dan jus lemon. Campur semua dan oleskan di wajah selama 15 minit kemudian bilas.


Siti lagi suka guna, Pore Cleansing Mask, senang , tak melekit dan boleh terus apply kat kulit.


5. Air mawar

 Ini adalah cara terbaik untuk menghilangkan kulit yang kelelahan. Oleskan kapas yang sudah dibasahi oleh air mawar ke kulit wajah.

6-Banyakkan minum air putih.

Tahukah anda jika sekitar 70% dari tubuh kita adalah air? Maka dari itu, tak heran jika banyak orang yang menyarankan untuk minum air putih secukupnya. Air putih ini dapat melembabkan kulit wajah anda, dan sekaliguskan menyegarkan kulit yang kusam Insyaallah




TIPS WAJAH SEGAR DAN AWET MUDA



TIPS MENGATASI KEMURUNGAN

Punca

• Sosialisasi keluarga
• Faktor genetik
• Kehilangan sesuatu yang amat disayangi
• Penyakit yang berpanjangan
• Apa-apa fenomena yang berlaku secara drastik dalam diri
• Rasa rendah diri yang keterlaluan
• Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul
Tip Mengatasi Kemurungan

• Belajar menjadi tenang dan bersabar
• Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai
• Perancangan tugas agar teratur
• Jangan terlalu mengharap diri sendiri
• Elakkan bersendirian
• habiskan masa dengan orang tersayang
• Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif
• Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif.



Friday, December 4, 2015

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang